|
Atas Talian |
|

|
|
 |
|
|
|
|
|
|
PENERBITAN VIDEO KORPORAT PKG TERENGGANU EDISI 2009 |
|
Written by Rosdi Hj.Hashim
|
|
Tuesday, 30 June 2009 |
|
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu akan menerbitkan Video Korporat BTPN dan PKG Terengganu untuk edisi 2009. Penerbitan baru ini selaras dengan perubahan yang banyak berlaku terhadap visi, misi serta fungsi BTPN dan PKG. Untuk tujuan itu pada minggu ini bermula 28 hingga 30 Jun 2009, Pasukan Penerbitan Video Korporat PKG Terengganu yang diurus-setiakan oleh Unit Hal Ehwal PKG mula melaksanakan penggambaran di beberapa PKG dan sekolah terpilih. Antara PKG terlibat bagi tujuan penggambaran adalah PKG Bukit Besar, PKG Bukit Payong, PKG Langkap, PKG Kuala Berang, PKG Seri Dungun dan PKG Kemasek. Manakala sekolah yang terlibat dengan penggambaran bagi tujuan berkenaan adalah SK Kelulut dan SMK Tengku Lela Segara di Marang. Penerbitan video ini kelak dijangka dapat memberi informasi yang berkesan bagi memperlihatkan transformasi yang berlaku di PKG serentak memperkasakan serta melestarikan imej PKG Terengganu di kalangan warga pendidikan.
|
|
Last Updated ( Friday, 03 July 2009 )
|
|
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Friday, 26 June 2009 |
|
RABU, 23 JUN 2009 - Satu Taklimat Pemasangan LAN di sekolah-sekolah terpilih Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Taklimat ini adalah anjuran bersama BTPNT dan JPNT. Taklimat disampaikan oleh wakil syarikat pemasangan iaitu Knowledge Based Sdn Bhd. Syarikat ini bertanggungjawab untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah dipilih dipasang dengan sistem rangkaian secara keseluruhan. Pemasangan berkenaan akan dimulakan pada 12 Julai 2009 dengan didahului proses lawatan tapak. Semoga pemasangan ini akan dapat memberi kemudahan kepada sekolah dalam memantapkan penggunaan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan. |
|
Last Updated ( Friday, 26 June 2009 )
|
|
|
PERASMIAN ENGLISH THEME PARK (ETP) KUALA TERENGGANU |
|
Written by Rosdi Hj.Hashim
|
|
Sunday, 21 June 2009 |
|
Taman Tema Bahasa Inggeris Kuala Terengganu (English Theme Park Kuala Terengganu) bertempat di PKG Tok Jiring telah mula beroperasi sepenuhnya semenjak akhir tahun 2008. Projek ini dilancarkan pada peringkat awal oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Ogos 2006 sempena Seminar Inovasi Bahasa Inggeris Negeri Terengganu. Projek yang dibiayai oleh Syarikat ExxonMobil Malaysia Inc. ini merupakan projek kedua dibiayai selepas ETP Kemasek. ETP Kuala Terengganu ini berkonsepkan sebuah pusat pembelajaran dan aktiviti Bahasa Inggeris yang bertema dan sehingga kini pelbagai pengisian aktiviti dijalankan seperti English Clinic, Storytelling, ETP Drama Class, Book Talk, IT Clinic, Art Attack dan ICT Communications. English Theme Park Kuala Terengganu ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu pada 25 Jun 2009 (Khamis) ini. |
|
Last Updated ( Friday, 03 July 2009 )
|
|
|
Majlis Jasamu Dikenang Dan Serahan Tugas Encik Jamaludin Mokhtar |
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Sunday, 14 June 2009 |
|

AHAD, 14 JUN 2009 - Berlangsungnya satu Majlis Jasamu Dikenang serta Penyerahan Tugas Encik Jamaludin bin Mokhtar (Mantan PTP I - PKG Peroh) bertempat di PKG Kuala Berang. Majlis ringkas tetapi penuh makna ini dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Ketua Unit Pengurusan PKG, Pengerusi JKPA PKG Kuala Berang, Peroh dan Tengkawang serta Semua staff dan pegawai PKG Daerah Hulu Terengganu. Pihak PKG Daerah Hulu Terengganu merakamkan terima kasih dan selamat bertugas di PPD Hulu Terengganu kepada Encik Jamaludin bin Mokhtar selaku Penyelia Pengurusan Maklumat mulai 1 JUN 2009. | Lagi Gambar |
|
Last Updated ( Sunday, 14 June 2009 )
|
|
|
Written by Rosdi Hj.Hashim
|
|
Tuesday, 09 June 2009 |
|
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu buat tahun kelima berturut-turut menganjurkan Kem Siber Bestari semenjak tahun 2005. Kem Siber Bestari 2009 dijalankan pada 8 hingga 11 Jun 2009 bertempat di BTPN Terengganu. Kem yang bertemakan "Memperkasakan Briged Bestari" ini disertai seramai 25 orang peserta yang mewakili sembilan buah Sekolah Bestari Contoh, Sekolah Elit dan sekolah Projek Khas ICT KPM-Intel. Kem ini dilaksanakan bagi memperkasakan pembestarian sekolah dan memantapkan komuniti Briged Bestari sekolah berkenaan. Sepanjang kem selama empat hari ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan teknik penerbitan video oleh seramai lapan orang Fasilitator/Mentor. Sebanyak empat kumpulan penerbitan berkonsepkan "Production House" dibentuk iaitu Teenager's Production, Muslim Production, StarScreen Studio Production dan Spidey Studio. Pada tahun ini tema kempen dipilih bagi penghasilan projek penerbitan bagi empat kumpulan berkenaan.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 10 June 2009 )
|
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 1 - 10 of 94 | |
|
Berita Harian |
-
Penamaan calon 3 hari ditimbang
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti memanjangkan tempoh penamaan calon daripada sejam ketika ini kepada dua hingga tiga hari bagi mengurangkan ketegangan di pusat penamaan calon berikutan kehadiran ramai penyokong.
-
Najib ucap tahniah kepada Presiden Amerika
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta rakyat negara itu, sempena Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat ke-233, hari ini.
-
Sultan Selangor nasihat Mais terima pindaan
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersikap terbuka mengenai cadangan pindaan tiga akta berkaitan hal-ehwal Islam yang ditangguh Majlis Raja-Raja untuk dikaji Majlis Agama Islam Negeri, baru-baru ini.
|
|
|
Harian Metro |
-
Tak sanggup lihat keadaan kakak mati digilis lori
HULU SELANGOR: "Saya sungguh sedih dan bagaikan tidak sanggup melihat keadaan mayat kakak yang digilis lori," kata J Jayanthi menceritakan kemalangan ngeri meragut nyawa kakaknya, J Kaliamma, 35, di Kilometer 122 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, semalam.
-
Jerat gadis top-up
KUALA LUMPUR: Hubungan dijalin belum begitu intim, malah belum pernah bersua muka, tetapi seorang gadis mendakwa pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota sudah berani menawarkan khidmat seks kepada kenalannya hanya dengan tambah nilai top-up kredit telefon prabayar.
-
Lapor dakwaan sengaja bakar
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Naib Ketua PKR Lembah Pantai, Amin Mian mengenai dakwaan kebakaran empat rumah setinggan di Bukit B, Kg Kerinchi Isnin lalu adalah perbuatan sabotaj pihak tertentu.
|
|
|
|
 |
|
Kalendar Hijrah |
| Rejab |
11
Sabtu
|
| 1430 HIJRAH |
|
|
Makluman |
|
|
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
19 |
| Minggu Ini: |
56 |
| Bulan Ini: |
318 |
| Jumlah Pelawat: |
34762 |
| Sejak: |
2007-06-09 |
|
|
Statistik Pengguna |
 | 122 registered |
 | 0 today |  | 1 this week |  | 1 this month |  | Last: ummimaria | |
|
Tazkirah |
|
Nabi s.a.w bersabda: "Cahayakanlah rumah-rumah kamu dengan solat dan bacaan al-Quran." FIKIR-FIKIR SEORANG ILMUAN INGGERIS, BERNARDUS, MENGATAKAN: “SESETENGAH ORANG DALAM SETAHUN BERFIKIR DUA ATAU TIGA KALI SAHAJA.” Berfikir adalah proses penggolongan, perbandingan dan penilaian terhadap pengetahuan tersebut berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan nilai-nilai yang tersusun, lalu berubah menjadi bentuk strategi yang menghasilkan pengungkapan secara bahasa atau tindakan, di samping itu juga menghasilkan pengaruh-pengaruh kejiwaan dan otot-otot tubuh, pernafasan, warna kulit dan raut muka. |
|
|