Thursday, 09 September 2010
PENERBITAN VIDEO KORPORAT PKG TERENGGANU EDISI 2009 PDF Print E-mail
Written by Rosdi Hj.Hashim   
Tuesday, 30 June 2009
 
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu akan menerbitkan Video Korporat BTPN dan PKG Terengganu untuk edisi 2009. Penerbitan baru ini selaras dengan perubahan yang banyak berlaku terhadap visi, misi serta fungsi BTPN dan PKG. Untuk tujuan itu pada minggu ini bermula 28 hingga 30 Jun 2009, Pasukan Penerbitan Video Korporat PKG Terengganu yang diurus-setiakan oleh Unit Hal Ehwal PKG mula melaksanakan penggambaran di beberapa PKG dan sekolah terpilih. Antara PKG terlibat bagi tujuan penggambaran adalah PKG Bukit Besar, PKG Bukit Payong, PKG Langkap, PKG Kuala Berang, PKG Seri Dungun dan PKG Kemasek. Manakala sekolah yang terlibat dengan penggambaran bagi tujuan berkenaan adalah SK Kelulut dan SMK Tengku Lela Segara di Marang. Penerbitan video ini kelak dijangka dapat memberi informasi yang berkesan bagi memperlihatkan transformasi yang berlaku di PKG serentak memperkasakan serta melestarikan imej PKG Terengganu di kalangan warga pendidikan.
Last Updated ( Wednesday, 06 January 2010 )
 
Mesyuarat Laporan dan Perancangan SKT PDF Print E-mail
Written by Wan Zuhaidi   
Friday, 26 June 2009

Mesyuarat Laporan SKT 2009 dan Perancangan bagi 2010 BTPN dan PKG Terengganu akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh   : 20 - 22 Disember 2009
Tempat : New Pacific Hotel, Kota Bharu 

Last Updated ( Friday, 22 January 2010 )
 
Taklimat Pemasangan LAN PDF Print E-mail
Written by Azmi bin Haji Isa   
Friday, 26 June 2009

RABU, 23 JUN 2009 - Satu Taklimat Pemasangan LAN di sekolah-sekolah terpilih Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Taklimat ini adalah anjuran bersama BTPNT dan JPNT. Taklimat disampaikan oleh wakil syarikat pemasangan iaitu Knowledge Based Sdn Bhd. Syarikat ini bertanggungjawab untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah dipilih dipasang dengan sistem rangkaian secara keseluruhan. Pemasangan berkenaan akan dimulakan pada 12 Julai 2009 dengan didahului proses lawatan tapak. Semoga pemasangan ini akan dapat memberi kemudahan kepada sekolah dalam memantapkan penggunaan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan.

 

Last Updated ( Wednesday, 06 January 2010 )
 
Taklimat Pemasangan LAN PDF Print E-mail
Written by Azmi bin Haji Isa   
Friday, 26 June 2009

RABU, 17 JUN 2009 - Satu Taklimat Pemasangan LAN di sekolah-sekolah terpilih Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Taklimat ini adalah anjuran bersama BTPNT dan JPNT. Taklimat disampaikan oleh wakil syarikat pemasangan iaitu Knowledge Based Sdn Bhd. Syarikat ini bertanggungjawab untuk memastikan sekolah-sekolah yang telah dipilih dipasang dengan sistem rangkaian secara keseluruhan. Pemasangan berkenaan akan dimulakan pada 12 Julai 2009 dengan didahului proses lawatan tapak. Semoga pemasangan ini akan dapat memberi kemudahan kepada sekolah dalam memantapkan penggunaan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan.

 

 

Last Updated ( Wednesday, 06 January 2010 )
 
PERASMIAN ENGLISH THEME PARK (ETP) KUALA TERENGGANU PDF Print E-mail
Written by Rosdi Hj.Hashim   
Sunday, 21 June 2009

 

 

Taman Tema Bahasa Inggeris Kuala Terengganu (English Theme Park Kuala Terengganu) bertempat di PKG Tok Jiring telah mula beroperasi sepenuhnya semenjak akhir tahun 2008. Projek ini dilancarkan pada peringkat awal oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Ogos 2006 sempena Seminar Inovasi Bahasa Inggeris Negeri Terengganu. Projek yang dibiayai oleh Syarikat ExxonMobil Malaysia Inc. ini merupakan projek kedua dibiayai selepas ETP Kemasek. ETP Kuala Terengganu ini berkonsepkan sebuah pusat pembelajaran dan aktiviti Bahasa Inggeris yang bertema dan sehingga kini pelbagai pengisian aktiviti dijalankan seperti English Clinic, Storytelling, ETP Drama Class, Book Talk, IT Clinic, Art Attack dan ICT Communications. English Theme Park Kuala Terengganu ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu pada 25 Jun 2009 (Khamis) ini.

 

Last Updated ( Wednesday, 06 January 2010 )
 
Berita Harian
  • Jabatan Kesihatan Kelantan atur strategi khas tangani denggi di musim perayaan
    RANTAU PANJANG: Jabatan Kesihatan Kelantan merangka enam strategi khas jangka pendek bagi menangani wabak demam denggi di negeri ini pada musim perayaan Aidilfitri dari 6 hingga 12 September ini.
  • Wati disorok
    KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang bersama tiga individu lain ketika di Banting, Selangor sejak 10 hari lalu, dipercayai disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan berhubung soal kewangan membabitkan perniagaan.
Harian Metro
  • 9 beraya awal
    KANGAR: Kumpulan Al Nadzir Awwalun mendakwa mereka menyambut Aidilfitri semalam, dua hari lebih awal berbanding umat Islam lain di negara ini berdasarkan perkiraan empat elemen utama iaitu air, udara, api dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan, malam kelmarin.
  • Panik lihat kepala adik
    LAHAD DATU: “Saya terkejut dan panik apabila melihat kepala adik saya di sebelah tubuhnya. Saya segera keluar dari kenderaan untuk memberi pertolongan kepada abang dan kakak saya yang tersepit,” kata Imran Aziz, 22, abang kepada seorang daripada mangsa kemalangan maut, Azlan Aziz, 17, semalam.
  • 'Nak duit minta, jangan curi'
    BATU PAHAT: “Aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung meniaga tak nampak...lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan.
Media Pendidikan

Statistik Pelawat
Hari Ini: 70
Hari Sebelum: 157
Bulan Ini: 1564
Jumlah Pelawat: 104171
Statistik Pengguna
283 registered
1 today
5 this week
8 this month
Last: FQkyra
Pautan PPD Terengganu
PPD Marang
PPD Dungun
PPD Kemaman
PPD Kuala Terengganu
PPD Setiu
PPD Hulu Terengganu
PPD Besut
Jumlah Hits Terkini: