Muka Depan BTPNT arrow Sorotan Aktiviti  
Saturday, 31 July 2010
Sorotan Aktiviti
GELOMBANG KEDUA BANJIR PDF Print E-mail
Written by Wan Zuhaidi   
Monday, 23 November 2009

 banjir di PKG Permaisuri

Beginilah keadaan yang sempat dirakam oleh warga PKG Permaisuri pada 22 November 2009. Banjir yang melanda PKG ini merupakan gelombang kedua pada tahun ini. Selain itu, PKG Tengkawang di Hulu Terengganu juga mengalami nasib yang serupa. Keadaan banjir kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya, malah beberapa PKG lain seperti PKG Seri Dungun turut terkena tempiasnya.

Last Updated ( Wednesday, 25 November 2009 )
 
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) 2009 PDF Print E-mail
Written by Rosdi Hj.Hashim   
Sunday, 22 November 2009
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Sistem Pengurusan Kualiti 2009 pada 22 hingga 24 November 2009 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini perlu diadakan setiap tahun dan merupakan sebahagian daripada komponen utama Sistem Pengurusan Kualiti di bawah Pensijilan MS ISO. Agenda utama mesyuarat ialah pembentangan laporan status SPK, Laporan Audit Dalaman, status pencegahan dan pembetulan, cadangan penambahbaikan dan pindaan objektif kualiti bagi mempertingkatkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti BTPN Terengganu. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengurus Dokumen, pegawai dan Staf Sokongan 1 yang terlibat dalam SPK BTPN Terengganu.
Last Updated ( Monday, 23 November 2009 )
 
TAHNIAH TERENGGANU - KEKAL CEMERLANG UPSR 2009 PDF Print E-mail
Written by Wan Zuhaidi   
Saturday, 21 November 2009

Tahniah kepada semua pelajar dan warga pendidik negeri Terengganu yang telah berjaya mengekalkan keunggulan pencapaian UPSR untuk kali ke-9 berturut-turut.

 Berita Harian 20 Nov 2009

Last Updated ( Saturday, 21 November 2009 )
 
Bengkel Pelaporan Khidmat Bantu PSS Daerah Dungun PDF Print E-mail
Written by Azmi bin Haji Isa   
Wednesday, 18 November 2009

 

Rabu, 18 November 2009 - Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Khidmat Bantu PSS Daerah Dungun selama dua hari di sini bermula pada 17 November 2009. Tujuan utama adalah untuk mengumpul bahan-bahan bagi melengkapkan dokumen kualiti MS ISO. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Terengganu yang terlibat dengan program ini pada 2 - 4 Ogos 2009 yang lalu. Di akhir bengkel ini semua dokumen telah dikemaskini dan telah siap untuk dilaporkan.

| Sumber: Amir Hamzah

Last Updated ( Wednesday, 18 November 2009 )
Read more...
 
Latihan Memadam Kebakaran di BTPNT PDF Print E-mail
Written by Azmi bin Haji Isa   
Tuesday, 17 November 2009

 

Tuan Haji Mohamed Kamal, Tuan Haji Mat Nawi dan Puan Nik Rosniza
berusaha memadamkan api.

Satu latihan menghadapi bencana kebakaran telah diadakan pada hari Ahad, 15 November 2009 bertempat di dataran BTPN Terengganu. Latihan yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Marang telah memberikan pendedahan dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh staf BTPN Terengganu ketika menghadapi saat-saat kebakaran. Demonstrasi cara memadamkan api juga diadakan dan beberapa orang staf BTPN Terengganu telah diberi peluang merasai pengalaman memadamkan kebakaran berkenaan.

Sumber: UIKPP

Last Updated ( Wednesday, 18 November 2009 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 46 - 54 of 103
Berita Harian
  • Gadis MLM diintip
    KUALA LUMPUR: Selepas membongkar sindiket skim cepat kaya membabitkan pelaburan berjuta ringgit dua hari lalu, semalam polis menyerbu sebuah syarikat jualan langsung dan menahan pengurus besarnya berusia 40-an serta merampas pelbagai dokumen yang dikatakan ada kaitan dengan skim berkenaan.
  • Asyraf Imam Muda
    KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.
Harian Metro
  • Bukti cinta gadis remaja
    KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.
  • Besi penghadang tembus kereta
    KUALA LIPIS: Seorang tukang sapu wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, petang kelmarin.
  • Guru silat paksa pelajar nikah
    KANGAR: “Jika tak mahu ditimpa kejadian buruk, kami dipaksa bersetuju anak kami dikahwinkan dengan anak perempuannya,” kata seorang lelaki yang mendakwa anak lelakinya, penuntut sebuah universiti di Mesir, dilari dan dikurung seorang guru silat untuk dipaksa berkahwin dengan anak gadisnya.
Kalendar Hijrah
Syabaan
20
Ahad
1431 HIJRAH
Media Pendidikan

Jawatan Kosong PKG

SILA KLIK

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Statistik Pelawat
Hari Ini: 77
Hari Sebelum: 78
Bulan Ini: 5969
Jumlah Pelawat: 96151
Statistik Pengguna
260 registered
0 today
9 this week
18 this month
Last: Aviation
Pautan PPD Terengganu
PPD Marang
PPD Dungun
PPD Kemaman
PPD Kuala Terengganu
PPD Setiu
PPD Hulu Terengganu
PPD Besut
Jumlah Hits Terkini: