Muka Depan BTPNT arrow Sorotan Aktiviti arrow Kursus Asas Pengawetan dan Penjilidan Bahan  
Tuesday, 07 September 2010
Kursus Asas Pengawetan dan Penjilidan Bahan PDF Print E-mail
Written by Azmi bin Haji Isa   
Wednesday, 11 November 2009

 

Kursus Asas Pengawetan dan Penjilidan Bahan untuk PKG Negeri Terengganu telah diadakan di BTPN Terengganu pada 9 – 11 November 2009. Kursus ini dihadiri oleh 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) dan lapan Pembantu Tadbir N17 daripada Pusat Kegiatan Guru Negeri Terengganu. Fasilitator yang dijemput khas dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu iaitu En. Zulaizan dan En. Azman telah menerangkan tentang kaedah jilidan, awetan bahan serta kaedah pembaikan kecil. Peserta-peserta juga diajar cara-cara menyediakan kertas hujungan, jahitan kuras berbilang, merepang, memasang bebat, memasang pelapik, memasang gruf, memasang papan jilidan, memasang pembalut buku dan juga teknik jilidan lembut. Satu sesi lawatan ringkas ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu juga telah diadakan. Penolong Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu, Tn. Hj Wan Husin Wan Mohammad telah menyampaikan sijil kepada semua peserta-peserta pada hari akhir kursus.

| Sumber: UIKPP

Last Updated ( Wednesday, 11 November 2009 )
 
< Prev   Next >
Berita Harian
  • Kurangkan pekerja warga asing
    PUTRAJAYA: Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing adalah antara lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam sebagai pelengkap Model Baru Ekonomi (MBE) bagi memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Harian Metro
  • Selongkar sampah cari makanan
    JOHOR BAHRU: Dua beradik wanita warga emas bukan saja terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari, malah ada beberapa jiran tetangga tergamak memaki dan meludah jika terserempak dengan mereka yang dianggap pembawa sial.
  • Anak yakin ibu dalam negara
    GOMBAK: “Hati saya kuat mengatakan ibu masih berada di dalam negara. Semoga dia selamat,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak sulung pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya, berhubung kehilangan ibunya sejak lapan hari lalu.
  • Bapa 10 anak maut nahas 'pelik'
    KUALA TERENGGANU: “Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, namun bagi saya sekeluarga sambutan tahun ini suram kerana ayah sudah pergi selama-lamanya.
Kalendar Hijrah
Ramadhan
29
Rabu
1431 HIJRAH
Media Pendidikan

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Statistik Pelawat
Hari Ini: 185
Hari Sebelum: 204
Bulan Ini: 1323
Jumlah Pelawat: 103930
Statistik Pengguna
280 registered
0 today
2 this week
5 this month
Last: CAremedios
Pautan PPD Terengganu
PPD Marang
PPD Dungun
PPD Kemaman
PPD Kuala Terengganu
PPD Setiu
PPD Hulu Terengganu
PPD Besut
Jumlah Hits Terkini: