|
Arkib Berita |
-
May, 2010
-
April, 2010
-
March, 2010
-
February, 2010
-
January, 2010
-
December, 2009
-
October, 2009
-
August, 2009
-
July, 2009
-
June, 2009
-
May, 2009
-
April, 2009
-
March, 2009
-
January, 2009
-
December, 2008
-
November, 2008
-
October, 2008
-
September, 2008
-
August, 2008
-
July, 2008
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Kem Briged Siber Bestari 2010 |
|
|
|
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Thursday, 10 June 2010 |
|
Berakhirlah sudah program yang menjadi penanda aras Pembestarian Sekolah. Kem Briged Siber Bestari 2010 telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah bermula pada 7 - 10 Jun 2010. Seramai 24 orang peserta telah terpilih menyertai kem ini. Antara sekolah yang terpilih adalah empat buah sekolah bestari dan empat buah sekolah elit. Pengisian utama kem ini adalah berfokuskan kepada penerbitan klip video pendidikan. Bertemakan 'Cerita Dalam Lagu', kesemua empat kumpulan telah berjaya menghasilkan klip video yang boleh dibanggakan. Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu selaku penyelaras program. Syabas dan tahniah kepada peserta serta sekalung penghargaan kepada Urus Setia Tetap Unit Perkhidmatan ICT dan Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat...
|
|
Last Updated ( Friday, 11 June 2010 )
|
|
|
Berita Harian |
-
Kurangkan pekerja warga asing
PUTRAJAYA: Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing adalah antara lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam sebagai pelengkap Model Baru Ekonomi (MBE) bagi memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan
tinggi.
|
|
|
Harian Metro |
-
Selongkar sampah cari makanan
JOHOR BAHRU: Dua beradik wanita warga emas bukan saja terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari, malah ada beberapa jiran tetangga tergamak memaki dan meludah jika terserempak dengan mereka yang dianggap pembawa sial.
-
Anak yakin ibu dalam negara
GOMBAK: “Hati saya kuat mengatakan ibu masih berada di dalam negara. Semoga dia selamat,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak sulung pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya, berhubung kehilangan ibunya sejak lapan hari lalu.
-
Bapa 10 anak maut nahas 'pelik'
KUALA TERENGGANU: “Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, namun bagi saya sekeluarga sambutan tahun ini suram kerana ayah sudah pergi selama-lamanya.
|
|
|
|
 |
|
Kalendar Hijrah |
| Ramadhan |
29
Rabu
|
| 1431 HIJRAH |
|
|
Makluman |
|
|
|
Dalam Talian |
|
We have 3 guests online |
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
182 |
| Hari Sebelum: |
204 |
| Bulan Ini: |
1320 |
| Jumlah Pelawat: |
103927 |
|
|
Statistik Pengguna |
 | 280 registered |
 | 0 today |  | 2 this week |  | 5 this month |  | Last: CAremedios | |
|
Tazkirah |
|
FIKIR-FIKIR Firman Allah : “ Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu) , dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.”( Al-Ma’aarij:5) Sabar adalah benteng kukuh yang tidak dapat dikepung tentera, tidak dapat dimasuki musuh dan sabar adalah benteng kuat yang tidak dapat ditembusi panah. Sabar adalah mujahadah melawan putus asa, kegagalan dan musibah Sabar adalah genggaman atas bara, menutupi kelukaan,menyembunyikan musibah dan mengawal hawa nafsu. Sabar adalah bekalan yang tidak habis, pertolongan yang tidak kering dan sahabat yang tidak jemu. Kelemahan tabiat tidak dapat dirawat melainkan dengan sabar, luka diri tidak dapat dirawat melainkan dengan sabar. Sesungguhnya sabar penghibur kesedihan dan kedukaan serta musibah dengan senyum Sesiapa yang goncang hatinya dengan krisis-krisis maka ubatnya ialah bersabar. Sesiapa yang mengalir airmatanya dari musibah-musibah maka pembalutnya ialah sabar. Kesedihan-kesedihan membawa kegelapan sebahagian yang lainnya, lalu datang sabar mencerai-beraikannya. Para pendengki dan orang yang senang atas kecelakaan orang lain bergembira atas orang yang ditimpa musibah lalu datang sabar menelan semuanya. Pada hari ini tidak ada kerabat mengasihani, tidak ada sahabat yang menziarahi dan tidak ada teman yang simpati, maka sabar mewakili kesemuanya. Ia bercakap dengan lisan seluruhnya, serta menunaikan kewajipan persahabatan dan kekerabatan. Adakalanya terjadi kesabaran akan tetapi ia tidak indah, kerana tuannya tidak menyembunyikan keluhan, tidak merahsiakan perkataan dan tidak meninggalkan celaan. Kesabaran yang baik ialah menanggung musibah dengan diam, menerima musibah dengan tenang dan menyambutnya dengan keredhaan. |
|
|