|
Arkib Berita |
-
May, 2010
-
April, 2010
-
March, 2010
-
February, 2010
-
January, 2010
-
December, 2009
-
October, 2009
-
August, 2009
-
July, 2009
-
June, 2009
-
May, 2009
-
April, 2009
-
March, 2009
-
January, 2009
-
December, 2008
-
November, 2008
-
October, 2008
-
September, 2008
-
August, 2008
-
July, 2008
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
MAJLIS PELANCARAN MODUL BAHASA INGGERIS “MY WRITING JOURNEY” |
|
|
|
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Monday, 12 July 2010 |
|
 SEBUAH PROJEK INOVASI PKG BUKIT PAYONG DAN SATU PENGISIAN AKTIVITI PROJEK TERIC 2010 Dalam usaha untuk memacu prestasi pendidikan merentasi arus globalisasi, PKG Bukit Payong telah berjaya melancarkan projek inovasi pertamanya iaitu modul Bahasa Inggeris, “ My Writing Journey” pada 11 Julai 2010 bertempat di Dewan Al-Farabi, SMK Seberang Marang, Marang.
Modul tersebut yang merupakan hasil usaha sama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu melalui TERIC dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Marang telah dilancarkan oleh Y.B. Encik Yahya bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu. Beliau telah menandatangani replika modul sebagai tanda perasmian pelancaran dan modul ini telah disampaikan oleh Encik Azman b. Othman @ Abdullah, yang menjalankan tugas Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu dengan disaksikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Marang, Encik Md. Yasin b. Mohd Salleh. Penulis modul ini, Puan Ainon Mardiah bt. Israh daripada SK Medan Jaya, Marang, turut dijemput sama ke atas pentas bagi menyaksikan pelancaran modul MWJ Beliau merupakan peneraju utama dalam penghasilan modul tersebut. Satu gimik pelancaran ringkas iaitu tayangan montaj telah dipertontonkan kepada hadirin di dalam dewan tersebut.
|Berita : PKGBP & UIICTKP
Majlis pelancaran ini merupakan salah satu pengisian bagi mengiktiraf daya usaha dan inovatif guru daerah Marang sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang bagi edisi 2010. Selaras dengan status BTPN Terengganu selaku Pusat Inovasi Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu adalah diharapkan modul “ My Writing Journey” ini dapat diperluaskan ke seluruh sekolah di negeri Terengganu pada masa akan datang. Ia juga bagi menyokong salah satu dasar kerajaan yang terkini, Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) sekaligus membantu penguasaan murid-murid menguasai kemahiran berbahasa Inggeris dan terus melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas komitmen dan kerjasama bagi menjayakan penerbitan modul “My Writing Journey”- sebuah projek Inovasi PKG Bukit Payong dan satu pengisian aktiviti projek TERIC 2010. |
|
Last Updated ( Monday, 12 July 2010 )
|
|
|
Berita Harian |
-
Jabatan Kesihatan Kelantan atur strategi khas tangani denggi di musim perayaan
RANTAU PANJANG: Jabatan Kesihatan Kelantan merangka enam strategi khas jangka pendek bagi menangani wabak demam denggi di negeri ini pada musim perayaan Aidilfitri dari 6 hingga 12 September ini.
-
Wati disorok
KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang bersama tiga individu lain ketika di Banting, Selangor sejak 10 hari lalu, dipercayai disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan berhubung soal kewangan membabitkan perniagaan.
|
|
|
Harian Metro |
-
9 beraya awal
KANGAR: Kumpulan Al Nadzir Awwalun mendakwa mereka menyambut Aidilfitri semalam, dua hari lebih awal berbanding umat Islam lain di negara ini berdasarkan perkiraan empat elemen utama iaitu air, udara, api dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan, malam kelmarin.
-
Panik lihat kepala adik
LAHAD DATU: “Saya terkejut dan panik apabila melihat kepala adik saya di sebelah tubuhnya. Saya segera keluar dari kenderaan untuk memberi pertolongan kepada abang dan kakak saya yang tersepit,” kata Imran Aziz, 22, abang kepada seorang daripada mangsa kemalangan maut, Azlan Aziz, 17, semalam.
-
'Nak duit minta, jangan curi'
BATU PAHAT: “Aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung meniaga tak nampak...lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan.
|
|
|
|
 |
|
Kalendar Hijrah |
| Ramadhan |
30
Khamis
|
| 1431 HIJRAH |
|
|
Makluman |
|
|
|
Dalam Talian |
|
We have 10 guests online |
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
70 |
| Hari Sebelum: |
157 |
| Bulan Ini: |
1564 |
| Jumlah Pelawat: |
104171 |
|
|
Statistik Pengguna |
 | 283 registered |
 | 1 today |  | 5 this week |  | 8 this month |  | Last: FQkyra | |
|
Tazkirah |
|
FIKIR-FIKIR Firman Allah : “ Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu) , dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.”( Al-Ma’aarij:5) Sabar adalah benteng kukuh yang tidak dapat dikepung tentera, tidak dapat dimasuki musuh dan sabar adalah benteng kuat yang tidak dapat ditembusi panah. Sabar adalah mujahadah melawan putus asa, kegagalan dan musibah Sabar adalah genggaman atas bara, menutupi kelukaan,menyembunyikan musibah dan mengawal hawa nafsu. Sabar adalah bekalan yang tidak habis, pertolongan yang tidak kering dan sahabat yang tidak jemu. Kelemahan tabiat tidak dapat dirawat melainkan dengan sabar, luka diri tidak dapat dirawat melainkan dengan sabar. Sesungguhnya sabar penghibur kesedihan dan kedukaan serta musibah dengan senyum Sesiapa yang goncang hatinya dengan krisis-krisis maka ubatnya ialah bersabar. Sesiapa yang mengalir airmatanya dari musibah-musibah maka pembalutnya ialah sabar. Kesedihan-kesedihan membawa kegelapan sebahagian yang lainnya, lalu datang sabar mencerai-beraikannya. Para pendengki dan orang yang senang atas kecelakaan orang lain bergembira atas orang yang ditimpa musibah lalu datang sabar menelan semuanya. Pada hari ini tidak ada kerabat mengasihani, tidak ada sahabat yang menziarahi dan tidak ada teman yang simpati, maka sabar mewakili kesemuanya. Ia bercakap dengan lisan seluruhnya, serta menunaikan kewajipan persahabatan dan kekerabatan. Adakalanya terjadi kesabaran akan tetapi ia tidak indah, kerana tuannya tidak menyembunyikan keluhan, tidak merahsiakan perkataan dan tidak meninggalkan celaan. Kesabaran yang baik ialah menanggung musibah dengan diam, menerima musibah dengan tenang dan menyambutnya dengan keredhaan. |
|
|