|
Arkib Berita |
-
May, 2010
-
April, 2010
-
March, 2010
-
February, 2010
-
January, 2010
-
December, 2009
-
October, 2009
-
August, 2009
-
July, 2009
-
June, 2009
-
May, 2009
-
April, 2009
-
March, 2009
-
January, 2009
-
December, 2008
-
November, 2008
-
October, 2008
-
September, 2008
-
August, 2008
-
July, 2008
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
MESYUARAT PELAPORAN PENCAPAIAN PERTENGAHAN TAHUN SKT BTPN DAN PKG |
|
|
|
|
Written by Azmi bin Haji Isa
|
|
Wednesday, 14 July 2010 |
|

Mesyuarat Pelaporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Setengah Tahun Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) dan PKG Negeri Terengganu bagi tahun 2010 telah diadakan selama dua hari bermula 13 dan 14 Julai 2010 bertempat di Bilik Persidangan BTPNT. Dalam mesyuarat itu, Ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan Jaminan Kualiti (UPKK) BTPNT, Haji Mohamed Kamal bin Hashim membentangkan laporan perlaksanaan SKT BTPNT bermula Januari hingga Jun mewakili semua unit manakala En. M Azwi b. Jusoh, PTP I PKG Mengabang Telipot membentangkan bagi PKG Terengganu. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan segala aktiviti yang telah dirancang itu berfungsi dan dapat menjalankan refleksi atau penilaian semula terhadap SKT yang dilaksanakan agar ianya bersesuaian dengan visi, misi dan fungsi organisasi.
|
|
Last Updated ( Thursday, 15 July 2010 )
|
|
|
Berita Harian |
-
Kurangkan pekerja warga asing
PUTRAJAYA: Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing adalah antara lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam sebagai pelengkap Model Baru Ekonomi (MBE) bagi memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan
tinggi.
|
|
|
Harian Metro |
-
Selongkar sampah cari makanan
JOHOR BAHRU: Dua beradik wanita warga emas bukan saja terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari, malah ada beberapa jiran tetangga tergamak memaki dan meludah jika terserempak dengan mereka yang dianggap pembawa sial.
-
Anak yakin ibu dalam negara
GOMBAK: “Hati saya kuat mengatakan ibu masih berada di dalam negara. Semoga dia selamat,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak sulung pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya, berhubung kehilangan ibunya sejak lapan hari lalu.
-
Bapa 10 anak maut nahas 'pelik'
KUALA TERENGGANU: “Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, namun bagi saya sekeluarga sambutan tahun ini suram kerana ayah sudah pergi selama-lamanya.
|
|
|
|
 |
|
Kalendar Hijrah |
| Ramadhan |
29
Rabu
|
| 1431 HIJRAH |
|
|
Makluman |
|
|
|
Dalam Talian |
|
We have 8 guests online |
|
Statistik Pelawat |
| Hari Ini: |
184 |
| Hari Sebelum: |
204 |
| Bulan Ini: |
1322 |
| Jumlah Pelawat: |
103929 |
|
|
Statistik Pengguna |
 | 280 registered |
 | 0 today |  | 2 this week |  | 5 this month |  | Last: CAremedios | |
|
Tazkirah |
|
FIKIR-FIKIR Firman Allah : “ Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu) , dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.”( Al-Ma’aarij:5) Sabar adalah benteng kukuh yang tidak dapat dikepung tentera, tidak dapat dimasuki musuh dan sabar adalah benteng kuat yang tidak dapat ditembusi panah. Sabar adalah mujahadah melawan putus asa, kegagalan dan musibah Sabar adalah genggaman atas bara, menutupi kelukaan,menyembunyikan musibah dan mengawal hawa nafsu. Sabar adalah bekalan yang tidak habis, pertolongan yang tidak kering dan sahabat yang tidak jemu. Kelemahan tabiat tidak dapat dirawat melainkan dengan sabar, luka diri tidak dapat dirawat melainkan dengan sabar. Sesungguhnya sabar penghibur kesedihan dan kedukaan serta musibah dengan senyum Sesiapa yang goncang hatinya dengan krisis-krisis maka ubatnya ialah bersabar. Sesiapa yang mengalir airmatanya dari musibah-musibah maka pembalutnya ialah sabar. Kesedihan-kesedihan membawa kegelapan sebahagian yang lainnya, lalu datang sabar mencerai-beraikannya. Para pendengki dan orang yang senang atas kecelakaan orang lain bergembira atas orang yang ditimpa musibah lalu datang sabar menelan semuanya. Pada hari ini tidak ada kerabat mengasihani, tidak ada sahabat yang menziarahi dan tidak ada teman yang simpati, maka sabar mewakili kesemuanya. Ia bercakap dengan lisan seluruhnya, serta menunaikan kewajipan persahabatan dan kekerabatan. Adakalanya terjadi kesabaran akan tetapi ia tidak indah, kerana tuannya tidak menyembunyikan keluhan, tidak merahsiakan perkataan dan tidak meninggalkan celaan. Kesabaran yang baik ialah menanggung musibah dengan diam, menerima musibah dengan tenang dan menyambutnya dengan keredhaan. |
|
|