|
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) 2009 |
|
Written by Rosdi Hj.Hashim
|
|
Sunday, 22 November 2009 |
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Sistem Pengurusan Kualiti 2009 pada 22 hingga 24 November 2009 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini perlu diadakan setiap tahun dan merupakan sebahagian daripada komponen utama Sistem Pengurusan Kualiti di bawah Pensijilan MS ISO. Agenda utama mesyuarat ialah pembentangan laporan status SPK, Laporan Audit Dalaman, status pencegahan dan pembetulan, cadangan penambahbaikan dan pindaan objektif kualiti bagi mempertingkatkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti BTPN Terengganu. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengurus Dokumen, pegawai dan Staf Sokongan 1 yang terlibat dalam SPK BTPN Terengganu.
|
|
Last Updated ( Monday, 23 November 2009 )
|